Semalam Na diuji. Ujian atas kecuaian sendiri juga. Tapi indahnya bila difikirkan balik, setiap yang terjadi tu bukan kebetulan, tapi Allah rencanakan. Mungkin hari ni jari korang yang singgah blog ni pun bukan kebetulan (kot). Apa jadi semalam? Okay macam kelakar bagi Na, but saja nak bercerita.
Usually Na pergi kerja naik public transport. Kalau dulu duduk Gombak biasanya Na naik bus ke LRT station then ke KLCC by LRT. Sekarang dah pindah Batu Caves, mulanya Na tumpang naik kereta dengan kakak and future bro in law (sebab dorang kerja tempat sama), tapi sebab dorang kerja awal so malas dah nak gerak sama. Sekarang Na naik KTM Batu Caves-KL Sentral, tukar LRT KL Sentral-KLCC. Agak jauh jugalah pusing tu. Nak bawa kereta lesen takde, kereta beli tapi tak pakai letak je kat parking, lol. Tapi kalau ada lesen pun baik naik motor, lagi cepat. hehe.
Semalam Na pergi kerja abang yang hantar, masa dia hantar tu tetiba je dia bagi Rapid card, suruh pakai untuk naik LRT nanti. Pendekkan cerita, lepas solat Jumaat semalam masuk office, suddenly our boss suruh kemas and balik. Sebab semalam president Obama datang for ASEAN Meeting tu and kami diarahkan balik atas safety zone (taktahu kenapa). Na pun kemas and balik, using the Rapid card yang Na letak dalam beg tu terus naik LRT ke KL Sentral. Sampai KL Sentral around 3.30pm, nak beli tiket KTM tengok wallet takde dalam beg. Tertinggal kat office! Sedihnyaaa, naik KTM tak boleh pakai Rapid. Nak patah balik office pun semua staff dah balik, Na takde kunci office. Sangkut terus kat situ, mampu meroyan kat group whatsapp family je minta simpati kakak and abang.
Nasib baik abang kat Shah Alam sebab ada meeting dengan Karangkraf. Guess what??? Fortunately, dia pergi Shah Alam naik KTM and he stopped at KL Sentral. Allahu, semalam 5 jam Na duduk kat sana. Lapar, haus, mengantuk segala. Nak makan takde duit, sedih amat. Sambil tunggu abang habis meeting Na sempat menangis jugalah hahahaha okay ni lawak, sorry jiwa halus sangat makin dewasa ni.
But really, kat situ Allah susun lawa dah. Pasal Rapid card, and pasal abang Na ke Shah Alam naik KTM. Bukan kebetulan, tapi sebab Allah tahu apa yang bakal berlaku, Na yakin Dia yang gerakkan abang Na utk bagi Rapid Card and using KTM pergi Shah Alam, usually abang naik motor.
Apa pun Na syukur sangat, ada abang ada semua family yang sentiasa bersama susah senang. Well yeah, Na pun sangat perlukan dorang, Na sentiasa rasakan family paling penting. In any matter, jangan belakangkan keluarga or abaikan keluarga. Walaupun Na sekarang duduk dengan kakak, plus 2 housemates (sisters), tapi Na taknak buat rumah ni macam rumah bujang. Nak selalu dorang rasa macam rumah ni rumah family. I tried my best.
Long time ago punya gambar :') sobs. I miss ya


lamenye na tunggu abg 5 jam kat situ.. kalau e'in pun nangis dah..
ReplyDelete