Terasa gigih pulak update blog waktu macam ni. Dengan keadaan hidung berhingus + pakej bersin ni, rasanya kesihatan diri dah mula terjejas sebab asyik redah hujan je. Atte, pergi koje idok pule teman sediakan payung. Dah hujan, redah la. Kat KLCC tu, asyik muka Na ni je la yang berhujannya. Acah drama Korea sikit kekadang, lel. haha.
Perasaan sekarang bercampur-baur. Tak tahu nak cerita yang mana. Aih sorry, blog ni cuma macam diary. Na tulis ikut rasa sendiri, hati sendiri. Bukan blog ilmiah kot, but loves to share je kekadang (sebab takde kawan nak borak,eh).
Start with ujian hari ni. Rasa macam dah lama tak menangis, but November tahun ni a bit tough for me. Ada je yang nak jadi. Yang jadi pun atas izin dan kehendak Allah, walaupun atas kesilapan kita sendiri tapi semuanya jadi ada sebab dan ada hikmah. Sometimes, jatuh jugak air mata tak kisahlah sesado mana pun kita. Biasa, semuanya biasa. Turun naik, jatuh bangun, atas bawah, lapar kenyang (eh tetiba), semua tu lumrah kehidupan. Mana ada orang yang senang selalu, hidup tanpa ujian, dugaan. Cuma itulah, tak dinafikan kekadang rasa down, upset, frust, stress.
And hari ni, Na menangis kat tempat awam hahahahahahahahahahahaha. Maybe dah rapuh sangat tadi dengan pakej penat berlapis, sebab Na sorang je keluar lambat sikit dari office sebab nak semak hal kerja, dah keluar office,beli barang and nak balik tetiba dapat bad news. Pehhhhh terus sendu. Apa jadi? I lost my prospect worthy RM171000. Masa tu rasa kecewa, penat, tertekan, semua ada. Memang menangis along the way nak balik rumah. Tapi dah sampai rumah, menangis peluk kakak, dah bau makanan,lega sikit hahaha (food makes me happy).
Bila mood dah stabil, fikir and fikir balik. It's okay atas ujian tu. Dah fikir-fikir lagi, semua tu small matter. But yeah maybe perasaan masa mula-mula dapat berita tu agak terkejut and kecewa, I'm out of control, bila Na dah menangis depan orang tu maknanya tahap sedih kelangit dah tu. Tapi tak berniat nak cari perhatian ke apa sebab I just can't help myself. Takkan nak mengesot pergi landasan keretapi plakkk layan sedih hahaha.
Sebenarnya, sedikit ujian yang Allah hantar tu jadi kecik je apabila kita letakkan Allah dan kehidupan akhirat tu yang utama. Hal-hal duit ke apa, semua tu simple bila kita muhasabah semula, itu bukan rezeki kita. Jadi yang hilang itu mungkin diganti dengan yang lebih baik in shaa Allah. Rezeki bukan datang dalam bentuk duit semata. Make it clear. Cuba pandang setiap perkara tu persimpangan ke arah yang lebih baik. Bersangka baik selalu dengan tetapan Allah, okay? Chill.
Mungkin, bila kita dilimpahkan harta dunia:
"Makin kurang bersedekah"
"Makin tamak dan tamak, dan tamak lagi sikit"
"Makin kurang berusaha atas nikmat kesenangan"
"Makin berasa selesa dengan keadaan semasa dan tak mengajar diri bersusah payah"
Talking about sedekah, Na teringat para peminta sedekah yang setiap hari kita boleh tengok kat mana-mana. Actually, teringin nak mendekatkan diri dengan dorang semua ni. Kita tak tahu dorang mangsa sindiket ke, paksaan ke, last choice ke, or what. Masa hujan pun kekadang ada lagi dorang duduk sipi-sipi berlindung dari hujan. Ada yang bawak budak, baby, ada yang kanak-kanak lagi, I don't know what actually happened to them. And Na really deeply nak try dekat dengan dorang, I want to have a talk with them, nak tahu about their life, nak tahu how, why, everything. Kalaulah Na ni mampu, dah lama provide kerja kat dorang. At least bagi modal berniaga nasi lemak pun jadilah supaya dorang tak mengemis lagi dah.
Tapi, Na tak kuat lagi nak buat sorang diri. Yeah really nak je duduk sebelah dorang and tanya about their life. And really, ada ke kawan/partner yang sanggup buat sama temankan kita? I'm sure bila cakap je orang akan kata, "kau dah takde kerja lain eh?". Tell me, siapa je nak teman Na? No one.
I don't know. Someone pernah kata Na ni complicated, banyak benda fikir satu masa. Nak buat itulah, inilah. I'm so upset heard that, really. I don't know what is so wrong. Tapi Na tak salahkan sesiapa, cuma pujuk hati, pemikiran orang lain-lain. Tak sama. Tak semua orang boleh fikir macam mana kita fikir, tak semua boleh rasa apa yang kita impikan. We choose what we want. Tak boleh nak paksa orang ikut rentak kita, dengar cakap kita, buat yang sama macam kita.
Sometimes Na cuba nak share apa yang Na baca tu, but no one accept. Maksud Na, kalau boleh Na pun nak sampaikan info/share apa yang Na dapat dari buku macam tu tapi takde orang boleh hadam kot. Bila cakap pasal freemason, etc, mostly semua takkan faham. I'm so sorry Na bukan pembaca novel. Kalau nak share pasal imaginasi dan fantasi drama melayu sekarang meleset teruk. Aih don't know, Na memang tak minat nak tengok/baca drama fantasi. As I said, fikiran kita tak sama, Maybe dorang suka novel santai gituh, Na suka jenis lain. More to history pun okay je, asalkan bukan novel fantasi.
Of course, kekadang sedih jugak takde partner/kawan nak share, or kongsi minat, or boleh accept/dengar apa yang kita fikirkan. Kalaulah ada, okay bersyukur sangat. Walhal, sangat susah nak cari yang match apa dalam kepala ni. Tak nafi sometimes sunyi, sebab kat KL tak ramai kawan. Usually Na memang kemana sendiri. If keluar dengan kakak, will hangout with her friends. kekadang tu lemau jugak ah join kakak dengan kekawan dia sampai Na rasa pisang gila! Bertukar-tukar jadi cekodok pisang, pengat pisang, lempeng pisang, semua pisanglah hahahaha.
Rasanya dah patut tidur ni. Kepala dah start sakit ya amat. Semoga Jumaat esok akan lebih baik, dan lebih membahagiakan. Eh chop, doakanlah moga Allah hadirkan teman yang Na boleh share and talk about everything in my head, haha.
Keep connected with me via du'a.
![]() |
| Thank you sista *black shawl* :') |



No comments:
Post a Comment