Saturday, November 21, 2015

Hanya Allah Yang Sentiasa Mengetahui

Assalamualaikum wrt wbt.

Semalam Na diuji. Ujian atas kecuaian sendiri juga. Tapi indahnya bila difikirkan balik, setiap yang terjadi tu bukan kebetulan, tapi Allah rencanakan. Mungkin hari ni jari korang yang singgah blog ni pun bukan kebetulan (kot). Apa jadi semalam? Okay macam kelakar bagi Na, but saja nak bercerita.

Usually Na pergi kerja naik public transport. Kalau dulu duduk Gombak biasanya Na naik bus ke LRT station then ke KLCC by LRT. Sekarang dah pindah Batu Caves, mulanya Na tumpang naik kereta dengan kakak and future bro in law (sebab dorang kerja tempat sama), tapi sebab dorang kerja awal so malas dah nak gerak sama. Sekarang Na naik KTM Batu Caves-KL Sentral, tukar LRT KL Sentral-KLCC. Agak jauh jugalah pusing tu. Nak bawa kereta lesen takde, kereta beli tapi tak pakai letak je kat parking, lol. Tapi kalau ada lesen pun baik naik motor, lagi cepat. hehe.

Semalam Na pergi kerja abang yang hantar, masa dia hantar tu tetiba je dia bagi Rapid card, suruh pakai untuk naik LRT nanti. Pendekkan cerita, lepas solat Jumaat semalam masuk office, suddenly our boss suruh kemas and balik. Sebab semalam president Obama datang for ASEAN Meeting tu and kami diarahkan balik atas safety zone (taktahu kenapa). Na pun kemas and balik, using the Rapid card yang Na letak dalam beg tu terus naik LRT ke KL Sentral. Sampai KL Sentral around 3.30pm, nak beli tiket KTM tengok wallet takde dalam beg. Tertinggal kat office! Sedihnyaaa, naik KTM tak boleh pakai Rapid. Nak patah balik office pun semua staff dah balik, Na takde kunci office. Sangkut terus kat situ, mampu meroyan kat group whatsapp family je minta simpati kakak and abang.

Nasib baik abang kat Shah Alam sebab ada meeting dengan Karangkraf. Guess what??? Fortunately, dia pergi Shah Alam naik KTM and he stopped at KL Sentral. Allahu, semalam 5 jam Na duduk kat sana. Lapar, haus, mengantuk segala. Nak makan takde duit, sedih amat. Sambil tunggu abang habis meeting Na sempat menangis jugalah hahahaha okay ni lawak, sorry jiwa halus sangat makin dewasa ni.

But really, kat situ Allah susun lawa dah. Pasal Rapid card, and pasal abang Na ke Shah Alam naik KTM. Bukan kebetulan, tapi sebab Allah tahu apa yang bakal berlaku, Na yakin Dia yang gerakkan abang Na utk bagi Rapid Card and using KTM pergi Shah Alam, usually abang naik motor.

Apa pun Na syukur sangat, ada abang ada semua family yang sentiasa bersama susah senang. Well yeah, Na pun sangat perlukan dorang, Na sentiasa rasakan family paling penting. In any matter, jangan belakangkan keluarga or abaikan keluarga. Walaupun Na sekarang duduk dengan kakak, plus 2 housemates (sisters), tapi Na taknak buat rumah ni macam rumah bujang. Nak selalu dorang rasa macam rumah ni rumah  family. I tried my best.




Long time ago punya gambar :') sobs. I miss ya

Friday, November 13, 2015

Fikiran Kita Tak Sama

Assalamualaikum wrt wbt.

Terasa gigih pulak update blog waktu macam ni. Dengan keadaan hidung berhingus + pakej bersin ni, rasanya kesihatan diri dah mula terjejas sebab asyik redah hujan je. Atte, pergi koje idok pule teman sediakan payung. Dah hujan, redah la. Kat KLCC tu, asyik muka Na ni je la yang berhujannya. Acah drama Korea sikit kekadang, lel. haha.

Perasaan sekarang bercampur-baur. Tak tahu nak cerita yang mana. Aih sorry, blog ni cuma macam diary. Na tulis ikut rasa sendiri, hati sendiri. Bukan blog ilmiah kot, but loves to share je kekadang (sebab takde kawan nak borak,eh).

Start with ujian hari ni. Rasa macam dah lama tak menangis, but November tahun ni a bit tough for me. Ada je yang nak jadi. Yang jadi pun atas izin dan kehendak Allah, walaupun atas kesilapan kita sendiri tapi semuanya jadi ada sebab dan ada hikmah. Sometimes, jatuh jugak air mata tak kisahlah sesado mana pun kita. Biasa, semuanya biasa. Turun naik, jatuh bangun, atas bawah, lapar kenyang (eh tetiba), semua tu lumrah kehidupan. Mana ada orang yang senang selalu, hidup tanpa ujian, dugaan. Cuma itulah, tak dinafikan kekadang rasa down, upset, frust, stress.


And hari ni, Na menangis kat tempat awam hahahahahahahahahahahaha. Maybe dah rapuh sangat tadi dengan pakej penat berlapis, sebab Na sorang je keluar lambat sikit dari office sebab nak semak hal kerja, dah keluar office,beli barang and nak balik tetiba dapat bad news. Pehhhhh terus sendu. Apa jadi? I lost my prospect worthy RM171000. Masa tu rasa kecewa, penat, tertekan, semua ada. Memang menangis along the way nak balik rumah. Tapi dah sampai rumah, menangis peluk kakak, dah bau makanan,lega sikit hahaha (food makes me happy).


Bila mood dah stabil, fikir and fikir balik. It's okay atas ujian tu. Dah fikir-fikir lagi, semua tu small matter. But yeah maybe perasaan masa mula-mula dapat berita tu agak terkejut and kecewa, I'm out of control, bila Na dah menangis depan orang tu maknanya tahap sedih kelangit dah tu. Tapi tak berniat nak cari perhatian ke apa sebab I just can't help myself. Takkan nak mengesot pergi landasan keretapi plakkk layan sedih hahaha.

Sebenarnya, sedikit ujian yang Allah hantar tu jadi kecik je apabila kita letakkan Allah dan kehidupan akhirat tu yang utama. Hal-hal duit ke apa, semua tu simple bila kita muhasabah semula, itu bukan rezeki kita. Jadi yang hilang itu mungkin diganti dengan yang lebih baik in shaa Allah. Rezeki bukan datang dalam bentuk duit semata. Make it clear. Cuba pandang setiap perkara tu persimpangan ke arah yang lebih baik. Bersangka baik selalu dengan tetapan Allah, okay? Chill.

Mungkin, bila kita dilimpahkan harta dunia:

"Makin kurang bersedekah"
"Makin tamak dan tamak, dan tamak lagi sikit"
"Makin kurang berusaha atas nikmat kesenangan"
"Makin berasa selesa dengan keadaan semasa dan tak mengajar diri bersusah payah"

Kita tak pernah tahu macam mana diri kita di masa hadapan. Iman, nipis halus sangat. Kena selalu tukar macam tukar baju bersih tiap hari. Kena selalu recharge macam charge phone battery tu jugak. Fikir dan fikirkan selalu.

Talking about sedekah, Na teringat para peminta sedekah yang setiap hari kita boleh tengok kat mana-mana. Actually, teringin nak mendekatkan diri dengan dorang semua ni. Kita tak tahu dorang mangsa sindiket ke, paksaan ke, last choice ke, or what. Masa hujan pun kekadang ada lagi dorang duduk sipi-sipi berlindung dari hujan. Ada yang bawak budak, baby, ada yang kanak-kanak lagi, I don't know what actually happened to them. And Na really deeply nak try dekat dengan dorang, I want to have a talk with them, nak tahu about their life, nak tahu how, why, everything. Kalaulah Na ni mampu, dah lama provide kerja kat dorang. At least bagi modal berniaga nasi lemak pun jadilah supaya dorang tak mengemis lagi dah.

Tapi, Na tak kuat lagi nak buat sorang diri. Yeah really nak je duduk sebelah dorang and tanya about their life. And really, ada ke kawan/partner yang sanggup buat sama temankan kita? I'm sure bila cakap je orang akan kata, "kau dah takde kerja lain eh?". Tell me, siapa je nak teman Na? No one.

I don't know. Someone pernah kata Na ni complicated, banyak benda fikir satu masa. Nak buat itulah, inilah. I'm so upset heard that, really. I don't know what is so wrong. Tapi Na tak salahkan sesiapa, cuma pujuk hati, pemikiran orang lain-lain. Tak sama. Tak semua orang boleh fikir macam mana kita fikir, tak semua boleh rasa apa yang kita impikan. We choose what we want. Tak boleh nak paksa orang ikut rentak kita, dengar cakap kita, buat yang sama macam kita.
"Art of Deception", antara buku yang Na suka. I love to read this kind of book. Agak tersentuh bila selit tentang penulis, Jerry D.Gray seorang bekas tentera udara USA (kalau tak silap), yang banyak bongkar pasal NWO, dan lain-lain. Jerry sekarang dah memeluk Islam dan tukar warganegara Indonesia. Honestly Na memang akan sakit kepala bila baca buku macam ni, bukan apa, sebab Na akan berfikir, kekadang sampai migraine hahahaha. Okay I'm so pelik. But I loveeee it.

Sometimes Na cuba nak share apa yang Na baca tu, but no one accept. Maksud Na, kalau boleh Na pun nak sampaikan info/share apa yang Na dapat dari buku macam tu tapi takde orang boleh hadam kot. Bila cakap pasal freemason, etc, mostly semua takkan faham. I'm so sorry Na bukan pembaca novel. Kalau nak share pasal imaginasi dan fantasi drama melayu sekarang meleset teruk. Aih don't know, Na memang tak minat nak tengok/baca drama fantasi. As I said, fikiran kita tak sama, Maybe dorang suka novel santai gituh, Na suka jenis lain. More to history pun okay je, asalkan bukan novel fantasi.

Of course, kekadang sedih jugak takde partner/kawan nak share, or kongsi minat, or boleh accept/dengar apa yang kita fikirkan. Kalaulah ada, okay bersyukur sangat. Walhal, sangat susah nak cari yang match apa dalam kepala ni. Tak nafi sometimes sunyi, sebab kat KL tak ramai kawan. Usually Na memang kemana sendiri. If keluar dengan kakak, will hangout with her friends. kekadang tu lemau jugak ah join kakak dengan kekawan dia sampai Na rasa pisang gila! Bertukar-tukar jadi cekodok pisang, pengat pisang, lempeng pisang, semua pisanglah hahahaha.

Rasanya dah patut tidur ni. Kepala dah start sakit ya amat. Semoga Jumaat esok akan lebih baik, dan lebih membahagiakan. Eh chop, doakanlah moga Allah hadirkan teman yang Na boleh share and talk about everything in my head, haha.

Keep connected with me via du'a.


Thank you sista *black shawl* :')

Thursday, November 5, 2015

Sempurnakah Tiang Agama?

Assalamualaikum wrt. wbt.
Biasa waktu bekerja, kita solat dalam surau. Masa dalam surau ni juga, kita jumpa macam-macam orang. Kalau kat tempat kerja Na ni, surau agak sempit. Muat dalam 6-7 orang camtu. Kekadang kesal bila ada orang tidur dalam tu, buatkan ruang semakin terhad. Dik, akak nasihat elakkan tidur dalam surau. Tak kisahlah surau wisma ke, surau tempat study korang ke, korang tak rasa mengganggu jemaah? tak segan? Lagi kesian bila ruang terhad tu, orang tunggu kat luar. Awak janganlah tidur kat situ :')

Na cuma nak cakap pasal kesalahan yang biasa dilihat masa solat dalam surau. Tak ulas banyak, sikit je supaya kita masing-masing sesame recheck solat kita. Solat tiang agama bukan? Solat yang berkualiti itu jugalah yang mencegah kita daripada melakukan kemungkaran. Walaupun kita solat cukup 5 waktu, tapi masih lagi dengan maksiat, mungkin ada lagi cela dalam solat kita. Maksiat tu bukan ertinya khalwat ke apa, setiap perkara yang Allah tak suka, itulah maksiat.

Yang kat bawah ni antara kesalahan yang Na biasa nampak bagi jemaah wanita:


Wudhuk
Wuduk dalam keadaan muka bersolek, tak remove make up. Terutamanya eyeliner, mascara, belum kira bedak tebal tu lagi (sebab tu telekung wakaf katb surau kuning kuning dek bedak). Sah tak wuduk? Hm. Sekarang katanya ada alat solek mesra wuduk. Taktahu lah tu sebab Na bukan jenis solek sangat. Time uzur je kekadang solek. So kalau korang nak cakap jenama makeup stuff or Sephora ke apa honestly Na memang kurang tahu bab tu. Na pakai bedak baby yang tabur tu je, senang, murah, tahan lama plak tu. aherher~

To be safe, Na rasa better korang remove makeup tu betul-betul before berwuduk untuk solat. Kalau tak sah, hm penat je korang. Bab ibadah ni, sebaiknya berhati-hati walau sekecil perkara. Yang berhati-hati tu lah namanya, Taqwa. Atau lebih baik lagi kalau tak makeup. Penat kekadang tengok yang berlonggok kat cermin nak touch up make up setiap kali lepas solat Zohor, Asar. Awak tak penat? ehehe.

Takbiratul Ihram


Na selalu tengok ada jemaah wanita yang mengangkat takbiratul ihram terlalu tinggi. Sama level dengan lelaki. Haipp, recheck recheck! Cuba tengok gambar atas tu dan bandingkan. Tengok balik macam mana kita buat waktu solat.

Sometimes terkejut juga tengok. Na yang brutal (dulu) pun tak angkat takbiratul ihram se-rock macam tu. haha jangan lupa betulkan!

Solat Ekspress

Bila mendirikan solat, cuba ambil masa yang betul-betul berkualiti untuk luangkan masa dengan Allah SWT. Faham je semua nak kejar masa. Tapi cuba fikir baik-baik, kita kerja punctual, takut bos marah masuk lambat sebab solat, tapi takkan kita taknak menjaga masa yang kita luang untuk Tuhan yang berikan rezeki dalam pekerjaan tu.

Kalau buat betul-betul setiap gerakan solat tu, boleh je relieve sakit-sakit badan tu. Serious, kaji ah sendiri. Dah penat buat keje hadap computer sampai sakit belakang, ha solat bebetul. Dan, kalau solat laju sangat bacaan Al-Fatihah + lain-lain tu hmmmm takut ada yang salah pulak. Sebaiknya, korang ajar lah diri sendiri solat seperti seorang imam, yang ada jemaah lain kat belakang. Takkan korang solat ekspress, kesian jemaah belakang tu (andaikan aje).

*****

Okay Na nak highlight 3 perkara tu je. Sebab yang tu biasa Na nampak. Setiap kali masuk waktu solat, sama-sama cuba segerakan solat. Bukan solat segera (express)! Tinggalkan kerja sekejap untuk date dengan Allah SWT :) cuba, dan cuba. Lama-lama nanti biasa. Satu lagi, jangan buat solat jadi rutin. Rutin ni ibarat benda yang kita membiasakan diri buat setiap hari. Kalau solat tu jadi rutin, dalam kepala korang akan set like: asalkan solat. Tak rasa keterujaan, tak rasa kerinduan untuk tunaikan kewajipan bila dengar azan berkumandang. So, renew niat kita. Set balik.

Even Na update macam ni bukan beerti Na solat sempurna, khusyuk, pass ke syurga. Tak, Na pun masih dalam proses baiki diri. Sama-sama kita baiki. Kita semua bakal jadi ibu dan ayah jugak satu hari nanti (kalau panjang umur ada jodoh), mesti nak ajarkan yang terbaik untuk keturunan sendiri. Biar jadi umat membangun. in shaa Allah.

Tuesday, November 3, 2015

Plan on Marriage

Assalamualaikum wrt wbt.


Baru-baru ni ada yang tanya pasal my plan on marriage. Bukan beerti Na dah nak kahwin dalam masa terdekat ni k (walaupun mama suruh cepat cari calon). But yeah semua orang kena fikir jauh, kena ada future planning, walaupun kita taktau hayat kita sampai bila.

Dulu Na pernah jugaklah bercinta and kalau yang follow blog ni bertahun lepas rasanya tahu kot. Sebab banyak updated kan? Okay wajar blog ni dipadam tahun lepas hahahahaha em. Tentang tu dah lepas biarlah lepas. Merancang macam mana pun, kalau Allah kata tidak maka tidaklah. Tak nafi susah nak move on, tapi ada je satu cara, bersangka baik dengan tetapan Allah buat kita :)

jujur, Na pun susah nak move on dulu.  Sebab first love maybe hahahaha. Lagipun Na kecewa teruk dulu. Jadi pendiam, asal makan je nak muntah, tak selera makan, mata bengkak teruk, murung, sampai Na terpaksa tipu parents. Bukan tipu nak buat perkara bukan-bukan. But masa kecewa tu, Na tengah cuti semester. Bila balik rumah dengan muka menangis my lil sister and brother asked, kenapa De menangis? and dorang pun berlumba lari pergi report kat my parents. I'm just locked myself in my room. Malam tu jugak terus beli tiket balik Johor, even masa tu belum habis cuti. Na cakap kat parents nak pergi settle rumah sewa kat JB, padahal taknak duduk lama kat rumah sebab taknak parents nampak air mata ni. Sebab jarang sangat menangis depan orang even family sendiri.

Sepanjang kat JB dah balik awal tu, ada la classmates yang memang orang JB, dia bawak tengok laut, bawak sana bawak sini. More to 'therapy' nak pulihkan Na yang jadi pendiam masa tu. Thanks to her :') thanks Zulaikha! After then okay memang taknak bercinta lagi. Takut! Bagi Na, ada orang pinang ku terima jeee, bercinta lepas nikah nak? :3

Erk okay balik kepada plan on marriage. haha moga tak digelakkan.

Fulltime Housewife
Aha first point! Na memang nak jadi suri rumah je kalau boleh. My mum pun suri rumah. Sometimes Na bandingkan juga diri sendiri dengan kawan yang ibu ayah bekerja. Na pun selalu dengar dorang cakap balik rumah taktahu nak buat apa, tido tido and tido. Lapar, makan kat luar sementara tunggu their mum balik kerja. Semestinya Na rasa bertuah sangat sebab my mum tak bekerja. Balik sekolah dedulu dah boleh makan, petang2 minum sesama.

Kalau boleh, Na taknak one day dah kahwin anak-anak terabai. Tak rasa rumah tu sebagai 'syurga dunia'. Sebab kosong. Parents sibuk dengan kerja, kerja dan kerja. Kekadang hidup kaya pun tak menjamin bahagia. True! For me, biar sederhana hidup, asal bahagia adanya keluarga. Na sendiri pun memang budak kampung, takde apa masalah besar pun tak hidup mewah? Rilekslah, spend time dengan family pun dah rasa kaya dan berharga.

But, kalau suami suruh Na kerja dulu sementara belum ada anak, Na okay je. Asalkan mampu jaga perut suami, keperluan suami, tunai tanggungjawab as a wife, etc. Well orang kata nak tambat hati suami, tambat dari perutnya. hehe

Na totally tak kisah pun bila kebanyakan orang kata:

"Baik takyah sambung belajar dulu"
"Belajar tinggi-tinggi lastly masuk dapur jugak"

Bagi Na ilmu tu bukan guna semata nak dapatkan kerja, cari duit, tapi diamalkan. Yeah, amal. Apa guna ilmu dari serata dunia tapi sekadar untuk dibangga dengan title dunia. Takde salahnya belajar ilmu bidang apa sekalipun end up masuk dapur. Tak rugi apa pun. Cari ilmu, kembangkan ilmu. Boleh je Na ajar anak masak nanti. eh

Zuriat

Kalau bab anak, Na cuma nak anak-anak yang dikandungkan tu lahir untuk umat. Bukan untuk Na, bukan untuk suami semata. Semestinya dari dalam kandungan lagi kita selalu baca Quran, lebih kurang macam "ajar anak dengar Quran sejak dalam kandungan." Na memang selalu fikir, before nak buat apa-apa yang tak baik masa muda ni, Na fikir what if, anak-anak kelak pun ikut perangai muda kita TT_____TT itu salah satu Na muhasabah balik, masa muda ni jangan buat bukan-bukan, bayangkan je kalau anak kita pun buat. Zaman sekarang ni lagi mencabar untuk budak-budak. Risauuuuuuu. Dengan keselamatan lagi, haihh dunia. Makin menakutkan.

Na ada adik kecil 2 orang. Masa form2 baru dapat adik. 14 tahun kot beza umur. So bab jaga budak ni in shaa Allah takde masalah. Sekarang bujang lagi pun dah rasa macam mak mak. Hahahah~ kekadang dorang pun mengada panggil akak dorang ni 'mama'. But really, kalau Na balik kampung, dorang ni melekap je dengan Na. Sometimes my mum pulak kecik hati sebab adik-adik taknak kat mak hahaha. Maybe sebab Na dulu study kat Johor jarang balik jarang jumpa kotttt tu yang lagi rapat.

Si bongsu 5 tahun mulut itik

Na garang jugak kot. Takde la marah-marah but tegas jugaklah. Walau apa pun selalu ajar diri bersabar layan budak baru nak kenal dunia. Kalau terrrrrmarah, minta maaf, peluk budak kecik tu. Mungkin dengan cara tu hati dorang lebih soft, it's okay to be soft, jangan hati batu sudah.

Na pun terfikir nak anak-anak nanti belajar satu foreign language ikut pilihan masing-masing. Tak kisah bahasa apa pun. Kalau Na sendiri, lebih kepada Mandarin, actually memang minat belajar banyak bahasa pun. ngehngehngehhh

Ekonomi ?

Antara isu yang sering dipersoalkan. Well yeah, bab ekonomi sekarang boleh tahan critical juga lah. Kalau tak pandai menyimpan, sakit oooh. Yang sering ditanya, "kalau kahwin berhenti kerja macam mana nanti kalau financial suami tak kukuh?". Firstly, itu semua mind set malay. Na percaya rezeki orang yang berkahwin ni ada in shaa Allah. Sepatutnya yang difikir-fikirkan, kenapa sekarang orang bazirkan duit untuk majlis perkahwinan? Sampai sanggup mohon loan, untuk majlis perkahwinan yang berlangsung beberapa jam, then tanggung hutang bertahun nak bayar balik. Okay now fikir sendiri apa point yang Na cuba sampaikan.

Na faham je, makin lama komitmen tinggi. Macam-macam nak guna duit. Rumah, kereta, makan, utility, banyak lagi. Honestly Na sendiri sejak dulu jarang minta duit dengan parents, in shaa Allah kalau dah ada jodoh kahwin nanti, walaupun suami yang kena hulur nafkah, tapi sebagai isteri pun, Na masih ada common sense untuk bertolak ansur. Dan untuk adat perkahwinan melayu iaitu duit hantaran, Na takkan minta atau tetapkan semua tu kat future husband. If pihak lelaki nak bagi, terima je. Yang pasti bukan letak letak harga, sampai membebankan pihak lelaki. Cuma bab mas kahwin je minta guna nilai emas. Sebab dulu mana ada duit kertas semua ni, dulu pakai wang emas. em malas nak kupas bab ni nanti panjang tak habis.

Na pun ada plan nak buat bisnes sendiri. Tak mudah, tapi cuba je plan kan? Lagipun Na dulu belajar bidang masakan, so why not gunakan ilmu tu sebagai sumber pendapatan? Boleh back up income suami khennnn? Lagipun Na fikir bisnes ni boleh je buat dari rumah, masa untuk keluarga pun ada, duit pun ada, plus Na sebenarnya tak suka terikat dengan kerja luar. Means, lagi suka buat kerja sendiri. Kita bos kita kuli kita dapat gaji sendiri. haha

****

Bab kahwin je panjang lebooorr kemain. Hahah, just sharing pandangan sendiri je. Jodoh ni taktahu bila akan sampai. Dan kita taktahu jodoh manusia atau jodoh ajal yang sampai dulu. Kita merancang, Allah S.W.T saja yang lebih mengetahui.


Buat future husband yang entah siapa, entah di mana, your future zaujah ni tak sempurna, banyak kurangnya. Tapi, moga cepat Allah temukan kita. (MasyaAllah blushing secara tiba-tiba)


Kita ke jannah sesama :') Sis cuba jadi isteri terbaik. Ahar har harrr~ Last! Couple kat bawah ni, alahai :') simple and terbaikkkk! See? simple but seri pengantin tu tetap ada. Jannah goals.


Yang mudah jangan disusahkan asalkan jangan diambil mudah.

 



 

Monday, November 2, 2015

Didik Hati, Sabar

Assalamualaikum wrt wbt.


Ramai yang kata, orang yang selalu appear happily, suka gelak, banyak cakap, selalu pendam masalah sendiri. Betul ke? Mungkin. Same goes with me. Nak kata 100% pendam tu tidaklah. Kalau marah tu, pendam. Kalau sedih, nak jugak mengadu. Cuma, jarang. Tapi, bila sekali datang mood sedih, memang sedih teruk.

Tak ramai yang akan dengar masalah kita selalu. Tak selalu orang nak pinjamkan telinga untuk kita. Itu bezanya bila mengadu dengan Allah dan manusia. Allah yang selalu ada. Dia Maha Mengetahui setiap yang nyata dan tersembunyi, tapi masih lagi ada untuk mendengar luahan kita. Nak menangis, nangislah. Biar basah telekung, biar basah sejadah. Takpe. Makin kita rasa tenang, makin kita rasa dekat dengan Allah.

Adatlah jatuh bangun. Langit tak selalunya cerah. Ujian yang datang tu sekadar nak menguji, tak lebih dari kemampuan.

Bila Na duduk diam, kurang bercakap, ada yang tak kenalah tu. Kalau yang kenal dekat dengan Na maybe akan fahamlah beza Na bila ada masalah. Like yesterday, actually bila fikir balik benda kecil je pun (jari koyak dek tersepit, terbuang top up, duit stuck, debit card kena telan dalam machine). Tapi maybe sebab penat baru siap kemas barang dalam rumah baru, cepat pulak rasa down. Dah lama tak menangis, terus menangis. Jiwa rapuh sat.

Yang kakak Na ni, duk tanya:

"Kenapa diam je ni?"
"Kenapa mata merah ni?"
"Kenapanya ni?

Haih rasa nak cakap instead of asking so many questions why not come closer and hug me. But I knew she tried hard nak pujuk Na TT_____TT

Thank you so much. Dunia akhirat, moga kita selalu bersama.

Ujian dunia, sikit je ni Lina. Tolong kuat untuk menguatkan.