Friday, October 30, 2015

Takkan Sia-sia Setiap Kebaikan

Assalamualaikum wrt wbt.

Salam jumaat, moga setiap hela nafas diberkati.


Lately, Na selalu tengok kawan-kawan kat wechat, and mana-mana media social pun, tulis macam-macam. Oh ya, memang setiap ruangan tu korang boleh tulis anything. But, not everything. Eh Na pun kencang jugak kot update kat wechat erkk. Tapi tapi tapiiiiiii... Kenapa ramai yang update seolah-olah berputus asa dalam berbuat baik kepada orang lain.

Yesss Na tahu kita semua ada masalah, Na ada masalah, and korang pun. Memang ramai yang update like:

"Penatlah buat baik, asyik kena pijak"
"Bila aku buat baik, orang balas macam taikk"
"Aku takkan buat baik lagi dah, sampai bila pun orang pijak kepala"
 
Dan yang sewaktu dengannya.......

Korang, jangan sesekali berputus asa berbuat baik. Jangan sesekali berhenti berbuat baik. Jangan sesekali membalas keburukan dengan keburukan. Tapi balaslah setiap kejahatan, keburukan itu dengan kebaikan. Jangan berhenti, jangan sesekali. Sungguh, setiap kebaikan itu takkan sia-sia di sisi yang Maha Esa.

Formulanya satu, betulkan niat. Buat baik bukan untuk manusia, tapi kerana Allah. Yesssss, dengan itu takkan ada kesedihan pun yang mendatang bila setiap kebaikan itu ikhlas kerana Allah. Kalau ada yang mengkhianati, pijak ke apa biaq pi lah depa! Balas baik, balas baik,  BALAS BAIK! Jangan balas BALIK orang buat jahat kat kita, never. That's why Na cakap betulkan niat. In shaa Allah takkan ada keraguan pun nak berbuat baik. Takkan dirasakan sia-sia pun setiap amal kebaikan.

Sebab kita semua tahu, hidup cuma perjalanan. Hidup bukan selamanya. Gunakan masa yang ada ni untuk kumpul sebanyak mungkin amal yang boleh, sebagai bekalan ke kampung akhirat. Kita hidup tak lamaaaa, ingat tu. Mati ni bila-bila je, boleh jadi balik kerja karang sebarang perkara boleh jadi kat Na, tak boleh jangka kan? So teruskan, teruskan usaha. Istiqamah.


Yang mana berbuat jahat ke apa, jangan tinggalkan dorang. Berkawanlah dengan sesiapa pun, asalkan kita ada banteng buat diri sendiri. Same goes with me, Na pun pernah ada housemates yang lebih social, smoking, clubbing, tapi tak pernah terpengaruh sikit pun. Sebab, selalu ingat, mak ayah yang jauh tu for sure sangat percayakan kita. Betul? Anywhere we go, ada yang memerhati, betul? Everything we did, ada yang mencatat, betul? Jadi sekalipun ada kawan yang bermasalah, dekatlah dengan dorang. Bimbing perlahan-lahan. Rasulullah tak pernah berputus asa dalam dakwah kan? Tak pernah kasar dalam menegur kan? Cubalah, kena caranya, lagi orang senangi kita :) hati yang dekat dengan Allah, mesti mudah sentuh hati yang lain.

Kalau orang tetap berkeras hati, it's okay. Kita dah usaha, asalkan kita cuba. Lagipun hidayah tu milik Allah kan. Hati kita ni, hati ni ibarat bilik gelap yang ada satu tingkap. Hidayah tu pulak macam cahaya matahari yang sentiasa ada untuk menyinari. Tapi kalau kita sendiri tak buka tingkap tu, macam mana cahaya nak masuk terangi bilik gelap tu? Jadi, sabarlah.



Cuba tengok gambar atas ni. Senang, jangan cepat judge orang. Jangan cepat cari salah orang. Antara tanda hati kita kotor bila mana kita menghina orang lain, yang luarnya kelihatan seperti ahli maksiat, yang nampaknya tak 'sealim' kita? Erkkk, sekecil-kecil perkara yang boleh buat kita jadi jahat apabila kita mula rasa diri sendiri baik daripada yang lain. Hm, sedangkan pernah ke kita tahu amal orang lain yang mereka sembunyikan? Mungkin, hati mereka lebih ikhlas dalam beramal. Jangan sesekali label orang lain.

Dan semestinya, don't judge me by my hijab. Bertudung labuh tak semestinya perfect amalnya, tinggi ilmunya. Sedangkan masih lagi merangkak membetulkan diri. Makin dewasa, makin banyak pengajaran. Berubahlah perlahan-lahan, asalkan tak terlambat. Yakin, makin dekat dengan Allah, lagi tenang hidup in shaa Allah.

Yang permulaan hayatnya baik, belum tentu berakhir dalam keadaan yang baik. Yang permulaannya buruk, belum tentu berakhir buruk. Ada ahli maksiat matinya beriman, ada ahli masjid matinya dalam maksiat. Behave.

Wassalam.


1 comment: