Friday, October 23, 2015

Resepi Asam Pedas Daging

Assalamualaikum wrt. wbt.

Selamat tengahari, salam Jumaat. Hari ni tetiba Na rasa nak share resepi Asam Pedas Daging, salah satu fav Na ! Yang ni resepi Na sendiri. Usually my mum masak asam pedas yang cair tu (yang lebih sihat sebenarnya hiks) tapi Na suka yang kuah pekat. Malas nak google resepi so memandai je la buat resepi sendiri. Eh sedap tau haha. So resepi ni antara yang kerap dimasak kalau Na balik kampong. Well, budak allergic ayam, makan daging aje.



 
Abaikan mangkuk comot. Na snap sesaje tak terfikir nak share resepi pun memula :')

Bahan A:
  • 2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

  • 5-6 batang serai (hiris halus sebelum blend)
  • Belacan (optional)

  • Cili kering
  • Cili padi

Yang jarak tu blend berasingan ikut group tu okay.




Bahan B:

  • Minyak masak (untuk menumis)
  • 500 gram daging
  • 3/4 cawan asam jawa (bancuh dengan air)
  • 2 keping asam gelugor
  • Bendi (optional)
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Garam
Kalau masak untuk family Na tak letak bendi, bunga kantan dan daun kesum tu sebab ayah tak suka. Terpulang nak letak ke tidak. Letak tomato pun okay je.

Cara-cara:

1. Tumis bawang merah + bawang putih + halia.

2. Masukkan serai yang dah blend dengan belacan, tumis sampai naik bau. 

3. Masukkan cili kering + cili padi, tumis sampai pecah minyak.

4. Masuk daging dan kacau rata, biar air daging kering sikit then masuk air asam jawa + asam keping. Tak cukup kuah, tambah air. Masuk daun kesum, bunga kantan. Biar mendidih, kalau dah cukup rasa asam boleh discard(keluarkan) asam keping.

5. Dah mendidih, masuk bendi. Bendi dah lembut, daging dah okay, jangan lupa tambah garam. Siap!

 
Ha kan dah siap. Makan panas-panas dappnyehhh. Kalau ayah Na pulak dia suka simpankan lebih biar semalaman then panaskan lagi, katanya lagi terasa umphh asamnya. Lagi-lagi kalau asam pedas ikan. Asam pedas ikan pun Na pakai resepi ni. Ye, yang ni~
 
Selamat mencuba la eh.
 
Wassalam.
-farinahunny-


No comments:

Post a Comment