Friday, October 30, 2015

Takkan Sia-sia Setiap Kebaikan

Assalamualaikum wrt wbt.

Salam jumaat, moga setiap hela nafas diberkati.


Lately, Na selalu tengok kawan-kawan kat wechat, and mana-mana media social pun, tulis macam-macam. Oh ya, memang setiap ruangan tu korang boleh tulis anything. But, not everything. Eh Na pun kencang jugak kot update kat wechat erkk. Tapi tapi tapiiiiiii... Kenapa ramai yang update seolah-olah berputus asa dalam berbuat baik kepada orang lain.

Yesss Na tahu kita semua ada masalah, Na ada masalah, and korang pun. Memang ramai yang update like:

"Penatlah buat baik, asyik kena pijak"
"Bila aku buat baik, orang balas macam taikk"
"Aku takkan buat baik lagi dah, sampai bila pun orang pijak kepala"
 
Dan yang sewaktu dengannya.......

Korang, jangan sesekali berputus asa berbuat baik. Jangan sesekali berhenti berbuat baik. Jangan sesekali membalas keburukan dengan keburukan. Tapi balaslah setiap kejahatan, keburukan itu dengan kebaikan. Jangan berhenti, jangan sesekali. Sungguh, setiap kebaikan itu takkan sia-sia di sisi yang Maha Esa.

Formulanya satu, betulkan niat. Buat baik bukan untuk manusia, tapi kerana Allah. Yesssss, dengan itu takkan ada kesedihan pun yang mendatang bila setiap kebaikan itu ikhlas kerana Allah. Kalau ada yang mengkhianati, pijak ke apa biaq pi lah depa! Balas baik, balas baik,  BALAS BAIK! Jangan balas BALIK orang buat jahat kat kita, never. That's why Na cakap betulkan niat. In shaa Allah takkan ada keraguan pun nak berbuat baik. Takkan dirasakan sia-sia pun setiap amal kebaikan.

Sebab kita semua tahu, hidup cuma perjalanan. Hidup bukan selamanya. Gunakan masa yang ada ni untuk kumpul sebanyak mungkin amal yang boleh, sebagai bekalan ke kampung akhirat. Kita hidup tak lamaaaa, ingat tu. Mati ni bila-bila je, boleh jadi balik kerja karang sebarang perkara boleh jadi kat Na, tak boleh jangka kan? So teruskan, teruskan usaha. Istiqamah.


Yang mana berbuat jahat ke apa, jangan tinggalkan dorang. Berkawanlah dengan sesiapa pun, asalkan kita ada banteng buat diri sendiri. Same goes with me, Na pun pernah ada housemates yang lebih social, smoking, clubbing, tapi tak pernah terpengaruh sikit pun. Sebab, selalu ingat, mak ayah yang jauh tu for sure sangat percayakan kita. Betul? Anywhere we go, ada yang memerhati, betul? Everything we did, ada yang mencatat, betul? Jadi sekalipun ada kawan yang bermasalah, dekatlah dengan dorang. Bimbing perlahan-lahan. Rasulullah tak pernah berputus asa dalam dakwah kan? Tak pernah kasar dalam menegur kan? Cubalah, kena caranya, lagi orang senangi kita :) hati yang dekat dengan Allah, mesti mudah sentuh hati yang lain.

Kalau orang tetap berkeras hati, it's okay. Kita dah usaha, asalkan kita cuba. Lagipun hidayah tu milik Allah kan. Hati kita ni, hati ni ibarat bilik gelap yang ada satu tingkap. Hidayah tu pulak macam cahaya matahari yang sentiasa ada untuk menyinari. Tapi kalau kita sendiri tak buka tingkap tu, macam mana cahaya nak masuk terangi bilik gelap tu? Jadi, sabarlah.



Cuba tengok gambar atas ni. Senang, jangan cepat judge orang. Jangan cepat cari salah orang. Antara tanda hati kita kotor bila mana kita menghina orang lain, yang luarnya kelihatan seperti ahli maksiat, yang nampaknya tak 'sealim' kita? Erkkk, sekecil-kecil perkara yang boleh buat kita jadi jahat apabila kita mula rasa diri sendiri baik daripada yang lain. Hm, sedangkan pernah ke kita tahu amal orang lain yang mereka sembunyikan? Mungkin, hati mereka lebih ikhlas dalam beramal. Jangan sesekali label orang lain.

Dan semestinya, don't judge me by my hijab. Bertudung labuh tak semestinya perfect amalnya, tinggi ilmunya. Sedangkan masih lagi merangkak membetulkan diri. Makin dewasa, makin banyak pengajaran. Berubahlah perlahan-lahan, asalkan tak terlambat. Yakin, makin dekat dengan Allah, lagi tenang hidup in shaa Allah.

Yang permulaan hayatnya baik, belum tentu berakhir dalam keadaan yang baik. Yang permulaannya buruk, belum tentu berakhir buruk. Ada ahli maksiat matinya beriman, ada ahli masjid matinya dalam maksiat. Behave.

Wassalam.


Tuesday, October 27, 2015

Demi Masa

Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.


Na bukan seorang yang suka menunggu. Nak masuk kerja tunggu kawan, nak buat urusan tunggu kawan, pergi kelas tunggu kawan, no. Na rela jalan sorang sebab rasa masa dah terbuang. Lagipun, disebabkan orang lain kita pun maybe jadi lambat. Contohnya macam zaman belajar korang, kalau nak tunggu kawan siap baru nak gerak sedangkan dah siap lama, and masa pun dah suntuk, nak tunggu lagi? Aaaa patutnya korang dah boleh selamatkan diri masa tu tau tak? And why nak korbankan masa untuk orang yang tak hormati masa orang lain?

Daripada menunggu, baik gerak dulu. Kalau dah sampai awal kat kelas/office, boleh buat kerja apa yang patut kan? Bukan nak kata diri punctual, tapi Na tak suka terlewat. Lebih-lebih lagi lewat disebabkan orang lain. Tak berbaloi tau dilabel orang yang tak tepati masa sedangkan boleh je sampai awal. Tapi dek menunggu tu yang buat jadi lewat sama.

Tapi, bagi Na biar menunggu daripada buat orang lain tertunggu-tunggu. Biar kita awal, jangan kita lewat.

Oh cerita bab masa ni, last week ada sekali sampai office lewat. Tapi masa tu jarum jam belum cecah waktu bekerja. Na masuk office 10 pagi, tapi masa tu belum 10 pagi suddenly dapat call dari officemate. Rupanya kecoh sekejap bila Na tak sampai office pada waktu kebiasaan.Dorang fikir Na kena culik!Hahaha terima kasih sangat sebab concern. Usually around 9.30am Na dah sampai office, tapi bila 9.50am Na belum sampai boleh pulak dorang fikir Na kena culik. Haha well rasa macam adik je, sebab lahir 30 December and paling muda kat office :p ngengenge

Friday, October 23, 2015

Resepi Asam Pedas Daging

Assalamualaikum wrt. wbt.

Selamat tengahari, salam Jumaat. Hari ni tetiba Na rasa nak share resepi Asam Pedas Daging, salah satu fav Na ! Yang ni resepi Na sendiri. Usually my mum masak asam pedas yang cair tu (yang lebih sihat sebenarnya hiks) tapi Na suka yang kuah pekat. Malas nak google resepi so memandai je la buat resepi sendiri. Eh sedap tau haha. So resepi ni antara yang kerap dimasak kalau Na balik kampong. Well, budak allergic ayam, makan daging aje.



 
Abaikan mangkuk comot. Na snap sesaje tak terfikir nak share resepi pun memula :')

Bahan A:
  • 2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

  • 5-6 batang serai (hiris halus sebelum blend)
  • Belacan (optional)

  • Cili kering
  • Cili padi

Yang jarak tu blend berasingan ikut group tu okay.




Bahan B:

  • Minyak masak (untuk menumis)
  • 500 gram daging
  • 3/4 cawan asam jawa (bancuh dengan air)
  • 2 keping asam gelugor
  • Bendi (optional)
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Garam
Kalau masak untuk family Na tak letak bendi, bunga kantan dan daun kesum tu sebab ayah tak suka. Terpulang nak letak ke tidak. Letak tomato pun okay je.

Cara-cara:

1. Tumis bawang merah + bawang putih + halia.

2. Masukkan serai yang dah blend dengan belacan, tumis sampai naik bau. 

3. Masukkan cili kering + cili padi, tumis sampai pecah minyak.

4. Masuk daging dan kacau rata, biar air daging kering sikit then masuk air asam jawa + asam keping. Tak cukup kuah, tambah air. Masuk daun kesum, bunga kantan. Biar mendidih, kalau dah cukup rasa asam boleh discard(keluarkan) asam keping.

5. Dah mendidih, masuk bendi. Bendi dah lembut, daging dah okay, jangan lupa tambah garam. Siap!

 
Ha kan dah siap. Makan panas-panas dappnyehhh. Kalau ayah Na pulak dia suka simpankan lebih biar semalaman then panaskan lagi, katanya lagi terasa umphh asamnya. Lagi-lagi kalau asam pedas ikan. Asam pedas ikan pun Na pakai resepi ni. Ye, yang ni~
 
Selamat mencuba la eh.
 
Wassalam.
-farinahunny-