Wednesday, March 23, 2016

Final Year Project in Beijing

Assalamualaikum wrt. wbt.

Setelah sekian lamanya blog terbiar, hari ni Mei nak buat imbasan kenangan setahun lepas ceewahh. Subhanallah, pantas sangat masa berlalu. Pejam celik je dah setahun hati menetap kat Beijing. Hati je, jasad tak. Kenapa dengan Beijing? Meh cerita dari bab 1.


Masa awal belajar 4 tahun lepas, Mei selalu cakap nak pergi Beijing. Sebab nak jumpa kawan yang diizinkan Allah untuk belajar kat sana. Ditelan masa, ingatkan hasrat tu dah terkubur. Rupanya, Allah buka haluan untuk ke sana pada final semester untuk laksanakan final year project di 2 buah universiti di Beijing, China. Alhamdulillah, atas izin Allah juga Mei didekatkan dengan sahabat tersayang, si bakal bidadari syurga in shaa Allah. Dan dialah yang sangat banyak membantu walaupun dari jarak beribu batu jauh di negara Tembok Besar.

Awal semester dulu, Mei pemalu sikit. Biasalah awal-awal masuk belajar. Tak kenal sesiapa, malu nak keluarkan suara (tapi dah kenal lain cerita huhu). Semester demi semester, sedikit sebanyak Mei berani ke depan, Alhamdulillah itu kekuatan yang Allah pinjamkan sikit. Tapi, memang takde expectation untuk lead final year project.

Semuanya bermula lepas seorang rakan kelas mencadangkan agar kami buat FYP yang lain daripada yang lain. Kiranya rare and out from FYP prospect. Maka bermulalah pecahan kumpulan untuk membentangkan idea lokasi beserta segala details termasuk kos dan sebagainya sehinggalah beralih ke sesi pemilihan top 3 yang tersenarai. Dengan izin Allah, kumpulan Mei yang memilih lokasi Beijing, China dipilih dan meletakkan Mei sebagai Timbalan Pengarah FYP @ Beijing, China.

Maka bermulalah lembaran kami untuk menjayakan FYP ke Beijing. Penulisan kertas kerja, surat rasmi untuk KPM dan China, pencarian tajaan, pengurusan transports, aktiviti keusahawanan, latihan persembahan, dan macam-macam lagi kena cover. Subhanallah, semua tu memang menguji ketahanan mental dan fizikal, lebih-lebih lagi dengan tanggungjawab yang terpikul atas bahu. Tak semudah yang disangka, banyak sangat ujian. Sampai satu tahap selisih pendapat, pembatalan kelulusan, bahkan hampir je Mei batalkan FYP Beijing. Tapi Allah bagi kekuatan lagi melalui kawan-kawan yang masih lagi bisikkan kata-kata semangat supaya tak berputus asa.

Memang agak bimbang memandangkan tarikh FYP terpaksa dianjakkan tarikh baru, iaitu hampir 2 minggu sebelum kami menduduki final year exam! Masa tu, orang lain punya FYP dah settle, tinggal study untuk exam je. Kami? 2 minggu nak final exam baru nak berlepas laksanakan projek. Tapi takpe Alhamdulillah Allah bantu. Sebenarnya FYP tetiba dipersoal mengenai risiko memandangkan kami nak terbang jauh, lebih lagi belum reda dengan isu MH370 yang hilang (kami naik MH360). Jadi dikhuatiri terjadi apa-apa yang tak diingini, lagipun, ini FYP pertama di bawah Politeknik yang terbang lebih jauh. Kebiasaannya ke negara Thailand, Indonesia, Cambodia dan yang terdekat.

****

Dipendekkan cerita. Berjaya juga usaha kami untuk ke sana. Walaupun hampir give up, akhirnya Allah izinkan kami terbang ke sana dan menikmati musim bunga. Sesuai untuk pecinta bunga hehehe. Mengikut itinerary yang ditetapkan, kami ke dua buah universiti di Beijing iaitu Beijing Language and Culture University (Beiyu) dan Beijing Foreign Studies University (Beiwai). Selebihnya kami ke lokasi pelancongan dan sejarah. Seminggu kat sana.

Mei tak suka bercakap duduk depan orang, I mean, malu bila berucap kat depan orang ramai. Walaupun masa sekolah dah kena mempengerusikan majlis perhimpunan, tapi tetap tak boleh nak atasi rasa malu tu sampai sekarang. Demi FYP, memang orang yang bertanggungjawab la kena. Tanpa teks lol. Inilah dia Deputy President yang tak bersedia. Ingatkan dah plan orang lain kena berucap tetiba nama kita yang kena petik HAHAHAHAHA. Tapi best masa kena buat video penghargaan la kena shooting cakap Mandarin ekekeke.

Paling best kat sana bila Allah temukan dengan seorang sahabat yang pernah lost contact, Ukhti J. Jadi, kepada awak Ukhti J, terima kasih atas bantuan yang sangat banyak diberikan. Terima kasih atas semua layanan, pemberian, bawak berjalan, bahkan makanan yang awak bekalkan untuk makan dalam flight nak balik Malaysia TT____TT

Nak share gambar banyak-banyak tak boleh. Internet pergi Beijing. haha

Xie xie dajia!


No comments:

Post a Comment