Wednesday, December 2, 2015

Hikmah Pakaian Syariat.


Bertudung labuh bukan beerti kita kalis dosa. Ramai yang tersilap dalam menilai, terlalu mudah menuding kepada tudung bila kita melakukan silap. Bertudung labuh kerana kita tahu Allah sentiasa menjaga kita, Islam mengangkat maruah wanita, jadi tutuplah seperti mana yang dituntut.

Semasa dalam toilet tadi, Na disapa seorang wanita Chinese. Dia mengeluh kesejukan, dengan cuaca semasa. Mata pun macam tak boleh dibuka katanya. Sebaris ayat yang Na ingat, dia kata lebih kurang macam ni:

You pakai panjang (jubbah) mesti tak sejuk sangat kan?

Na tersenyum dan mengakui memang tak rasa sejuk sangat, rasa biasa je (cuma kalau sejuk sangat mesti kaki yang kena tutup stoking berlapis). Boleh selit sedikit nota dakwah di situasi macam tu. Jujur Na cakap, sejak berpakaian syariat ni rasa macam lebih selesa, lebih terjaga.

Bila cuaca panas, tak terasa teriknya pada kulit.
Bila cuaca sejuk, tak terasa sejuknya mencengkam tulang.
Rasa biasa, rasa selesa. Syukur.

Banyak lagi hikmah berpakaian mengikut syariat ni. Dari sudut sains, perasan tak orang yang bertudung labuh ni senyum dia nampak manehh je, tenang je, sebab mastoid process wanita tu berfungsi dengan baik. Mastoid process tu apa? Cuba tanya encik google. Come on rajinlah sikit.

Apa lagi yang kita dapat bila bertudung labuh, jaga syariat?

  • Allah sayang, Allah cinta.
  • Dapat pahala, berganda pulak tu bila ikhlas, berpeluh, dan lain-lain.
  • Nyaman, tak terkesan sangat dengan cuaca semasa.
  • Nampak solehah. Bila orang panggil ustazah jadikan satu penolakan dan usaha ke arah yang baik tu.
  • Jaga maruah dan menjaga mata lelaki daripada tengok aurat kita, dan selamat daripada gangguan jahat.
  • Lebih ayu, sopan dan cantik.
  • Boleh terus buat pakaian solat, jimat masa tak perlu berebut telekung kat surau.
  • Didik hormat diri sendiri dan orang lain.
  • Sihatkan badan/kulit sebab elak kena sinar UV, debu dan lain-lain.
  • Tingkatkan rasa malu dalam diri. Ada malu, ada iman.
  • Boleh jadi contoh yang baik untuk orang lain, terutama bila kita bergelar seorang ibu nanti.
  • Bergerak menjadi insan bertaqwa.
  • Lebih cenderung ke arah yang lebih baik.
Bila dah bertudung labuh, mesti kita akan rasa malu untuk buat perkara yang dilarang. Jadi, besar hikmahnya bila kita usaha. Mungkin awkward mulanya, tapi lama-lama nanti terbiasa. Jangan risau apa orang kata, fikirkan usaha nak ke syurga.

Ujian tu pasti ada. Semua tu Allah turunkan supaya kita tingkatkan iman, kuat dan tak jatuh lagi nanti. Jangan malu kalau orang panggil ustazah. Memang kita rasa tak layak, tapi jadikan itu sebagai satu saranan untuk kita mantapkan iman, kejar ilmu dan berusaha jadi mukmin.

Baru-baru ni Na ada pergi makan. Order takoyaki dengan sorang brader yang sibuk masak tako dia, bila dia angkat muka pandang Na, dia diam. Sampai Na tanya, "abang ni dah kenapa?" Dia jawab "Awak bukan ke ustazah yang kat TV3 hari jumaat tu?"

:3 okay jadikan panggilan ustazah tu suntikan memantapkan iman.